CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6045|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Cuaca panas: KPM benarkan pakai pakaian sukan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Guru, Nur Azeela Kifli mengenakan pakaian seragam sekolah ketika menyambut kehadiran murid sesi petang sempena persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Pelabuhan Klang. - Foto BH

PUTRAJAYA: Semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota pelaksana memakai pakaian sukan sopan ketika cuaca panas.

KPM menerusi kenyatan memaklumkan, kebenaran khas itu berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa di institusi masing-masing.

"KPM prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangka.

"Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan seluruh warga institusi pendidikan," katanya.



KPM memaklumkan, semua institusi pendidikan KPM dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM juga diminta untuk melaksanakan langkah pencegahan, antaranya menangguhkan semua kegiatan luar bilik darjah, jika cuaca terlalu panas.

Selain itu, kegiatan yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri, bagi yang tidak berpuasa atau murid bukan Islam.

"Murid perlu dinasihat dan digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan serta air minuman perlu dibekalkan kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain, bagi mendapatkan air minuman.

"JPN, PPD dan semua institusi KPM perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas," katanya.

Tegasnya, KPM mengambil berat mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya
https://www.bharian.com.my/berit ... pakai-pakaian-sukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.254776 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list