CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3111|Reply: 0

[Kelantan] Empat beranak Tionghua berpuasa sepanjang Ramadan demi kesihatan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Doria Yap, 55, (tengah) bersama dua daripada tiga anaknya, Saffron Kang, 32 (kiri) dan Evonne Kang, 28, (kanan) menunjukkan antara menu berbuka puasa yang diamalkan mereka setiap kali berpuasa di bulan Ramadan.

KOTA BHARU: Empat sekeluarga berketurunan Tionghua di sini, tidak kekok untuk berpuasa sepanjang Ramadan selepas mengetahui serta merasai sendiri manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan.

Doria Yap, 55, bersama tiga anak perempuannya, Saffron Kang, 32; Evonne Kang, 28 dan Sharon Kang, 22, mengakui teruja setiap kali tiba Ramadan kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk turut melatih diri menahan lapar dan dahaga.

Katanya, dia mula berlatih berpuasa sejak Ramadan tahun lalu dan diteruskan sepanjang puasa kali ini sebaik merasakan tubuh badannya berasa lebih segar dan 'ringan' sepanjang berpuasa.

"Saya pun tidak menyangka kesemua anak saya turut sama berpuasa namun mengalu-alukan mereka untuk berbuat demikian kerana saya ada teman untuk lakukan bersama. Pada awalnya, ia agak mencabar kerana kami mudah berasa lapar dan haus namun sekarang kami seperti sudah terbiasa.

"Kami berempat akan bangun sahur seperti rakan Muslim yang lain selain berbuka tepat pada masanya sebaik azan Maghrib berkumandang. Biasanya, saya akan merujuk pembantu rumah warga Indonesia, yang juga beragama Islam tentang masa atau tips berpuasa.

"Tambahan pula, kami sekeluarga mengamalkan Vegetarian, jadi ia sedikit sebanyak membantu saya dan anak-anak untuk berpuasa," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di B Veggie Food dekat Jalan Sri Cemerlang, di sini, hari ini.

Mereka menghasilkan produk Vegetarian halal seperti budu, sambal udang, sambal belancan goreng, sambal caipo (lobak masin), sambal cili goreng, sambal belacan kunyit dan sambal OHM (cendawan kaki).

Doria mengakui, berpuasa bukan sahaja membantunya dalam aspek kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan rohaniah dan kesihatan moral yang mendidik diri untuk lebih bersabar dalam setiap tindakan.

Sementara itu, Saffron berkata, pada awalnya agak sukar untuk dia bertahan berpuasa kerana diuji dengan rasa dahaga terutama apabila Ramadan berlangsung sepanjang musim panas atau kemarau.

"Namun, saya mengambil inisiatif menyibukkan diri di premis perniagaan makanan Vegetarian milik keluarga agar masa berlalu dengan cepat dan saya tidak akan berfikir untuk minum atau makan.

"Sama seperti pendapat ibu saya, puasa ini ternyata membuatkan tubuh berasa lebih sihat serta memberi ruang untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal. Waktu berbuka, kami turut memastikan makanan yang diambil adalah sihat dan dalam kuantiti sedikit supaya badan tidak berasa 'lemau'.

"Lebih teruja apabila saya mendapat galakan serta sokongan daripada rakan Melayu dan pengikut di laman sosial memandangkan kami empat beranak aktif membuat video atau 'live' untuk berniaga," katanya yang pernah mendapat tontonan video mencecah 4juta di laman sosial Facebook.

Saffron yang selesa berdialek Kelantan, berkata ada antara rakan yang sanggup datang berjumpanya menghulurkan makanan atau kuih-muih untuk berbuka sekali gus menaikkan lagi semangatnya untuk terus berpuasa.
https://www.bharian.com.my/berit ... adan-demi-kesihatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050721 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list