CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 0

Ngannou masih 'derita' dibelasah AJ

[Copy link]
Post time 19-3-2024 12:31 PM | Show all posts |Read mode

NGANNOU terjatuh selepas dibelasah AJ.

London: Francis Ngannou mendedahkan dia masih menjalani ujian perubatan seminggu selepas tewas KO di tangan Anthony Joshua (AJ).

AJ menamatkan tentangan bekas juara UFC itu di pusingan kedua selepas tiga kali rebah dengan yang terakhir terkena tumbukan padu tangan kanan.

Ngannou terpaksa memerlukan bantuan oksigen dan dalam Instagramnya seminggu selepas kekalahan itu, dia mendedahkan kepada peminatnya apa yang berlaku sehingga menyebabkan dia dibelasah AJ.

Menurutnya: "Saya masih sedar sejurus selepas itu (KO) dan sejak itu semuanya bagus tapi saya masih perlu jalani ujian perubatan bagi memastikan keadaan saya semuanya benar-benar ok."



Ngannou berkata dia sebenarnya terlelap ketika memanaskan badan sebelum menentang AJ kerana pertarungan itu tidak bermula sehingga jam 3 pagi di Arab Saudi.

"Sebelum perlawanan itu ia bukan hari saya. Saya rasakan saya tidak berada pada tahap terbaik. Malah ketika di bilik persalinan saya cuba memanaskan badan tapi kurang bersemangat. Saya berpeluh tetapi saya terlelap. Itulah gambaran dapat saya berikan kepada anda."

Ngannou menegaskan kekalahan di tangan AJ bukan penamat segalanya tetapi dia perlukan masa untuk bangkit dan bersedia untuk cabaran akan datang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... derita-dibelasah-aj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list