CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3306|Reply: 0

Kesilapan mudah punca kempunan All England

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode

AARON (depan) dan Wooi Yik kempunan merangkul gelaran All England di pentas final selepas gagal melakukannya pada 2019. – AFP

MALAYSIA terus kempunan untuk meraih kejuaraan pada Kejohanan Badminton All England selepas beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di pentas final malam kelmarin.

Pada aksi final yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham itu, mereka terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto apabila tewas 16-21, 16-21.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya pemain lawan mendapat keyakinan sepanjang perlawanan akibat kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan Aaron-Wooi Yik.

“Hari ini (kelmarin) Indonesia menguasai sepenuhnya aksi di depan jaring selain pergerakan (Wooi) Yik yang dilihat sedikit berat. Selain itu, dia juga kurang tenang sepanjang perlawanan.

“Sebenarnya, ketika kedudukan 10-10 (set kedua), kita sudah mula mendapat rentak, tetapi belum sempurna. Banyak pukulan-pukulan separuh (gelanggang) menyebabkan Indonesia bermain lebih yakin,” katanya.

Ini kekalahan kedua bekas juara dunia itu di perlawanan akhir Jelajah Dunia Super 1000 tersebut selepas turut mengalaminya pada 2019 ketika tewas kepada beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Ia turut menyaksikan Malaysia terus kemarau kejuaraan All England selepas kali terakhir memenanginya menerusi per­seorangan lelaki, Lee Zii Jia pada edisi 2021.

Sementara itu, Aaron tetap gembira dengan aksi yang ditampilkan meskipun berpuas hati gelaran naib juara selain mengakui Fajar-Rian menampilkan corak permainan lebih baik.

“Pertama sekali tahniah kepada mereka kerana bermain sangat baik hari ini (kelmarin) dengan mengawal permainan. Kami bermain di bawah prestasi sebenar kerana apa yang dirancang tidak menjadi.

“Bagaimanapun, kami tetap gembira kerana prestasi kami sepanjang minggu ini sangat baik. Kami sudah ada peluang (juara), tetapi perlu diakui, ia bukanlah sesuatu yang mudah,” ujar ­pemain kelahiran Melaka itu.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mpunan-all-england/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.062619 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list