CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3223|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Iftar bersama famili boleh dikira dengan jari

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Siti Fatimah bergambar bersama Motorsikal Polis Trafik sebagai simbolik semasa bertugas pada bulan Ramadhan di Balai Polis Tun HS Lee, Kuala Lumpur. FOTO NUR IQBAL SYAKIR MOHD SALLEH

Kuala Lumpur: Bertugas tidak kira masa selain menahan lapar dan dahaga sepanjang berpuasa antara cabaran utama anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang memikul tanggungjawab mengawal lalu-lintas.

Malah, ia turut menuntut kesabaran tinggi kerana keadaan trafik menjadi lebih sesak berbanding hari biasa dan orang ramai yang berpusu-pusu ke bazar Ramadan.

Apabila azan Maghrib berkumandang, mereka hanya meneguk air dan menjamah sedikit juadah di tepi jalan raya, sebelum menyambung semula tugasan masing-masing.

Pengalaman itu turut dilalui anggota wanita Unit Kawalan Lalu Lintas JSPT Kuala Lumpur, Koperal Siti Fatimah Che Mat, 50, yang ditugaskan mengawal lalu lintas di bazar Ramadan sekitar ibu kota.



Dia yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pasukan polis mengakui hanya beberapa kali berbuka puasa bersama keluarga.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bersyukur kesemua anaknya memahami dan sudah terbiasa dengan keadaan itu sejak kecil.

"Bertugas di bulan Ramadan sama seperti bertugas di hari biasa kerana kami tetap bekerja di lapangan bagi menjaga keamanan dan keselamatan pengguna jalan raya.

"Cuma bezanya kami terpaksa menahan lapar dan dahaga walaupun keadaan cuaca panas terik. Pernah bibir saya kering kerana terlalu panas.

"Waktu berbuka pula kami hanya jamah sedikit makanan dan minum sebelum menyambung tugas dan hanya betul-betul makan selepas habis bekerja," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti Fatimah, setiap kali Ramadan, dia ditugaskan mengawal lalu-lintas di beberapa bazar Ramadan popular sekitar ibu kota seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Keramat dan Kampung Baru.

Selain memastikan keadaan lalu-lintas di kawasan berkenaan lancar, dia juga perlu memastikan keselamatan pengunjung terjamin.


Siti Fatimah (kanan) dan Syawani bergambar cekal menghadapi cabaran bertugas pada bulan Ramadan. FOTO NUR IQBAL SYAKIR MOHD SALLEH

"Biasanya keadaan di bazar Ramadan itu akan sesak, jadi saya akan pastikan pengunjung tidak meletakkan kenderaan yang menghalang lalu-lintas. Jika ada, saya akan tegur cara berhemah dan kebanyakannya beri kerjasama baik.

"Sebab itu, sebagai anggota polis perlu banyak bersabar dan berhemah semasa bertugas lebih-lebih lagi di bulan Ramadan," katanya.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, namun Siti Fatimah berkata, dia tetap gembira kerana impiannya menyertai pasukan seragam itu tercapai.

Sementara itu, anggota Unit Motoked JSPT Kuala Lumpur, Konstabel Syawani Samsuri turut tidak terkecuali bertugas mengawal lalu-lintas pada bulan Ramadan.

Meskipun tugas hakikinya sebagai pengiring orang kenamaan (VIP), Syawani, 24, ditugaskan membantu di bazar Ramadan dan pelbagai program lain yang memerlukan kawalan lalu-lintas.

"Saya pernah bertugas ketika cuaca panas, memang kena banyak sabar dan tahan lapar serta dahaga.

"Ini tahun ketiga saya bertugas di bulan Ramadan dan saya sudah terbiasa dengan keadaan itu," katanya yang menyertai pasukan JSPT selepas tamat latihan pada 2020.

Ditanya mengenai pengalaman tidak dapat dilupakan di bulan Ramadan, Syawani berkata, dia bertugas mengawal lalu-lintas di malam raya pada tahun pertama bekerja dan berasa sedih mendengar takbir raya kerana rindukan keluarga di kampung.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mematahkan semangatnya bertugas kerana sudah meminati pasukan polis sejak kecil selain didorong oleh arwah bapanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dikira-dengan-jari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.426645 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list