CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3171|Reply: 0

[Terengganu] Perut bulat bakar laku 100kg sehari

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode

RUZAIZI menunjukkan perut bulat bakar yang mendapat sambutan daripada orang ramai di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Menu perut bulat bakar mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang mengunjungi Bazar Ramadan Shahbandar di sini hingga mampu dijual 100 kilogram (kg) sehari.

Pekerja Restoran Singgang Budu, Ruzaizi Mohd. Zaid berkata, juadah tersebut dijual pada harga RM15 untuk setiap 100 gram.

“Kami mula membakar perut bulat pada pukul 3.30 petang dan aroma wanginya menggamit peminatnya ke­rana menu ini bukan mudah diperoleh.

“Keunikannya membuat ramai pengunjung bazar Ramadan ini tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video proses pembakarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bazar Ra­madan Shahbandar di sini semalam.

Menurut Ruzaizi, perut bulat bakar enak dimakan dengan sos hijau ala Thai istimewa yang dibuat di restoran berkenaan.

“Ramai dalam kalangan pengunjung yang pertama kali mencuba menu ini di gerai kami kembali membe­linya kerana terpikat de­ngan keenakan rasanya yang tersendiri,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -laku-100kg-sehari/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.075603 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list