CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11753|Reply: 0

[Sarawak] Kenapa Sarawak, Sabah tiada dalam tinjauan 10 perbandaran paling bahagia: Wong

[Copy link]
Post time 18-3-2024 07:46 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau digesa mempersoal mengenai ketidakmampuan Sarawak dan Sabah dalam tinjauan 10 perbandaran paling bahagia di Malaysia.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong menjelaskan jika statistik rajah 2019 seperti dikeluarkan sebelum ini adalah benar, tinjauan itu hanya berpusat di Semenanjung Malaysia sahaja tidak merangkumi Sarawak dan Sabah.

"Berdasarkan rajah 2019, Sarawak dan Sabah tidak termasuk dalam tinjauan. Dari 2019 hingga sekarang, mereka hanya membuat tinjauan (indeks) paling gembira di Semenanjung Malaysia namun di manakah Sabah dan Sarawak?

"Adakah kita tidak cukup bahagia dan gembira? Saya tidak tahu. Jadi, saya merayu kepada dua wakil rakyat dari Sibu iaitu Oscar Ling dan Alice Lau yang kedua-dua Ahli Parlimen digesa memberi perhatian kepada dua isu persekutuan ini dan berbincang secara aktif dengan kerajaan persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari jadi Penasihat SUPP Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck Ke-81 di sebuah restoran di sini pada malam Sabtu lalu.

Lebih 1,000 hadirin terdiri daripada ahli SUPP hadir pada majlis dianjurkan bersama oleh SUPP Cawangan Dudong dan SUPP Sibu Jaya.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan, Cameron Highlands (Pahang) dinobatkan sebagai perbandaran paling bahagia diikuti Jeli (Kelantan), Jerantut (Pahang), Kuala Terengganu, Kulai (Johor), Lenggong (Perak), Melaka, Petaling Jaya, Port Dickson (selatan KL) dan Kuala Rombin (Pahang).

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dipetik sebagai berkata tinjauan indeks kebahagiaan bagi 2024 dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Luar Bandar (PLAN Malaysia) bersama 144 pihak berkuasa tempatan mendapati 71 peratus mencapai tahap bahagia manakala 29 peratus mencapai tahap sederhana bahagia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.274057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list