CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9136|Reply: 0

[Sarawak] Sistem Pemantauan GPS dicadang di semua bas ekspres beroperasi di Sarawak

[Copy link]
Post time 18-3-2024 07:42 PM | Show all posts |Read mode


Kong (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli DBSPB selepas sesi libat urus semalam. Turut kelihatan Pengarah LPKP Sarawak Cornelia Wong (duduk, dua kiri).

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bercadang melaksanakan Sistem Pemantauan GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) di semua bas ekspres yang beroperasi di negeri ini.

Pengerusinya Michael Kong Feng Nian berkata, pemasangan sistem itu bagi memantau bas ekspres dan memastikan pematuhan mereka kepada laluan yang dibenarkan.

Inisiatif itu jelasnya, bertujuan menyediakan perkhidmatan bas yang konsisten dan boleh dipercayai terutama memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dengan memastikan mereka mempunyai akses tetap kepada perkhidmatan pengangkutan.

"LPKP Sarawak komited merangka dasar yang bukan sahaja menambah baik industri kenderaan komersial tetapi mengutamakan kebajikan orang ramai.

"(Justeru) pagi tadi (Isnin) saya terlibat dalam sesi libat urus yang produktif bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) berbincang mengenai cadangan pelaksanaan Sistem Pemantauan GPS untuk bas ekspres.

"Perbincangan ini penting kerana ia membolehkan kami mengumpul maklum balas dan pandangan daripada pihak berkepentingan berkaitan, memastikan dasar yang dilaksanakan dengan berkesan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kong berkata pada sesi libat urus itu, turut dibincangkan ialah pelaksanaan Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Henti-Henti (DBSPB).

Menurutnya DBSPB ditubuhkan bagi menggalakkan pengguna menjadikan bas sebagai mod pengangkutan yang berdaya maju.

"DBSPB berfungsi sebagai penyelesaian sementara membantu pengendali bas henti-henti yang menghadapi peningkatan kos operasi, lebih-lebih lagi di laluan kurang menguntungkan.

"Menerusi inisitif DBSPB, penumpang akan menikmati kadar tambang berpatutan iaitu RM1 sahaja," jelasnya.

Bagaimanapun dedahnya, di sebalik kadar tambang yang murah itu, ternyata masih ramai pengguna memilih menggunakan pengangkutan sendiri kerana isu seperti jadual perjalanan tidak teratur dan bas sedia ada kerap mengalami kerosakan.

"Melangkah ke hadapan, LPKP Sarawak terus komited memantau dan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan sistem pengangkutan bas di negeri ini.

"Selain itu, kami akan terus menilai dan memperhalusi inisiatif DBSPB bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat akses kepada pengangkutan awam yang berpatutan dan boleh dipercayai, " ujarnya.

Kong menambah, sebagai sebahagian komitmen LPKP Sarawak menyediakan pilihan akses kepada pengangkutan, lembaga itu memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tambang bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024.

"Kita kekal dengan keputusan untuk tidak menaikkan kadar tambang bas ekspres (perkhidmatan ekonomi) sebanyak 10 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Peningkatan kadar tambang ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046854 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list