CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8926|Reply: 0

[Sabah] MAWILLA 2 terima lawatan UTK PDRM Sandakan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Anggota UTK dan Anggota Selam MAWILLA 2 bergambar bersama selepas lawatan itu.

SANDAKAN: Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Sandakan telah mengadakan lawatan ke Fasiliti Kebuk Mampatan milik Cawangan Selam, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) hari ini.

Lawatan yang dihadiri oleh 19 orang Anggota UTK PDRM ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai fungsi dan kelebihan RCC.

Ia adalah satu-satunya kemudahan merawat penyakit berkaitan penyelaman yang terdapat di Sandakan. Selain itu, pasukan UTK Sandakan turut melakukan aktiviti penyelaman di sekitar perairan Sabah.

RCC adalah peralatan utama bagi pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dianggap sebagai instrumen untuk memastikan keselamatan semasa aktiviti penyelaman dibuat.

Antara penyakit yang biasa dirawat ialah keracunan gas karbon monoksida, decompression sickness dan arterial gas embolism.

Terdahulu delegasi lawatan telah diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Pegawai Staf Selam MAWILLA 2, Lt Kdr Ghazali Soleman TLDM dan Pegawai Perubatan Selam (Hyperbaric and Underwater Medicine), Kapt (Dr) Muhammad Faiq Hashim.

Lawatan ini diharap akan dapat meningkatkan lagi kerjasama antara TLDM dengan PDRM dalam mengekalkan kestabilan,kesiapsiagaan aset, sumber manusia dan keselamatan negara kita.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059020 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list