CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4831|Reply: 0

[Perak] Polis tahan 12 lelaki terlibat judi laga ayam

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat judi laga ayam di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Kolam Air Talang, Kampung Station di Kuala Kangsar semalam.

KUALA KANGSAR – Tiga beradik antara 12 lelaki ditahan kerana disyaki terlibat judi laga ayam di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Kolam Air Talang, Kampung Station di sini semalam.

Kesemua lelaki berusia 32 hingga 64 tahun itu diberkas dalam Op Dadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 4.45 petang.

Difahamkan, aktiviti judi laga ayam itu mula aktif sejak awal bulan ini dan diadakan pada setiap Ahad bermula pukul 2 hingga 6 petang.

Caj sebanyak RM20 dikenakan terhadap setiap pemilik ayam laga dengan wang pertaruhan dikenakan antara RM300 hingga RM1,000 bagi setiap perlawanan laga ayam.

Ketika serbuan dijalankan, kumpulan lelaki tersebut duduk mengelilingi gelanggang bulat yang dipasang kain kanvas dan pancang besi yang dijadikan lokasi laga ayam.

Apabila melihat kehadiran pasukan polis, kesemua lelaki itu cuba melarikan diri namun gagal dan berjaya ditangkap.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kesemua tangkapan direman mulai hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... bat-judi-laga-ayam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.085190 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list