CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3452|Reply: 1

[Perak] Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan

[Copy link]
Post time 18-3-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode

Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ipoh: Polis meminta mana-mana doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini, tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.

"Setakat ini kita belum terima sebarang laporan daripada mana-mana individu sama ada penulis surat layang ataupun doktor-doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual.

"Polis menggesa mereka supaya tampil buat laporan di mana-mana balai polis. Tindakan ini lebih wajar dilakukan daripada menularkannya di media sosial," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.



Yahaya berkata, pihaknya turut memberi jaminan maklumat diri individu yang membuat laporan akan dirahsiakan.

"Tak perlu khuatir, tak perlu takut. Kita beri jaminan bahawa apa sahaja maklumat berhubung diri mereka yang didakwa menjadi mangsa kita tidak akan bocorkan kepada mana-mana pihak," katanya.

Pada 16 Mac lalu, Yahaya dalam kenyataan mengesahkan menerima laporan daripada seorang doktor lelaki berusia 43 tahun yang didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual dan ugutan terhadap doktor pelatih di HRPB.

Terdahulu, tular surat layang dimuat naik dalam Facebook dan aplikasi X yang mendakwa doktor terbabit sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita khususnya di Jabatan Ortopedik, selain mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tampil-buat-laporan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 05:13 PM | Show all posts
maybe take time, susahlah nak buktikan,
selalunya gangguan seksual ni kat tempat yg takde cctv or saksi mata

sy harap mangsa ad penguam yg terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054819 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list