CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3760|Reply: 0

[Johor] Ibu kelar bayi: Suspek masih dalam pemerhatian doktor

[Copy link]
Post time 18-3-2024 02:06 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan

Johor Bahru: Wanita yang mengelar bayi lelakinya berusia 18 bulan sehingga maut di Taman Cahaya Masai di sini, kelmarin, masih dalam pemerhatian doktor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditempatkan di Hospital Permai di sini, sejak ditahan sejurus kejadian, bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

"Suspek masih dalam pemerhatian doktor," katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohd Sohaimi mengesahkan punca kematian kanak-kanak terbabit adalah disebabkan luka kesan kelar di bahagian leher.

Ibu kandung bayi terbabit direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit mengelar bayi lelakinya di rumah mereka pada 1.30 tengah hari.

Wanita berkenaan turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pemerhatian-doktor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.294169 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list