CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7846|Reply: 0

[Sarawak] Pemegang kad OKU diberkas kerana cuba larikan budak

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:41 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki pemegang kad orang kurang upaya (OKU) diberkas kerana disyaki hendak melarikan seorang kanak-kanak di kawasan perumahan, Jalan Lapangan Terbang, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitahu, tangkapan itu dilakukan di kawasan perumahan tersebut sekitar jam 6.55 petang.

"Bertindak atas maklumat orang awam, pihak polis berjaya menangkap lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam cubaan melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang ketika itu sedang bermain di kawasan luar rumahnya di Jalan Lapangan Terbang.

"Turut dirampas ketika tangkapan itu dilakukan ialah sebuah kenderaan yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahsmon, siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad OKU dengan masalah pembelajaran.

"Suspek telah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak 2001 untuk 'attention deficit hyperactive disorder' (ADHD).

"Lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau," jelasnya.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 356/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba melarikan orang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, suspek telah didakwa di Mahkamah Kuching di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama pada 15 Mac lalu sekitar jam 9 pagi.

Katanya, mahkamah telah memerintahkan suspek ditahan di Hospital Sentosa, Kuching untuk penilaian psikiatri.

"Kes akan disebut semula pada 22 April 2024 setelah laporan perubatan diterima," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.324634 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list