CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7810|Reply: 0

[Sarawak] Pembangunan berterusan kawasan memberi impak kemajuan rakyat

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:38 AM | Show all posts |Read mode


Richard menyampaikan sumbangan dana kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut hari ini.

BETONG: Usaha barisan wakil rakyat dalam membawa pembangunan berterusan dalam kawasan masing-masing memberi impak kepada kemajuan dan kesenangan rakyat.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu berkata kerancakan pembangunan terhasil adalah berkat usaha pemimpin terdahulu berterusan sehingga kini.

"Kemajuan kita kecapi hari ini merupakan sumbangan amat bermakna dipersembahkan untuk rakyat nikmati dan kita usahakan secara berterusan.

"Sebagai wakil di peringkat persekutuan, saya akan terus bekerjasama dengan ADUN kawasan dalam memberi kemudahan kepada rakyat dalam kawasan Betong ini,"  pada majlis penyerahan dana kepada Persatuan serta Masjid dan Surau Kampung Melayu Betong di Dewan Al Husna, Masjid Jamek Betong di sini hari ini.

Oleh itu katanya, kerjasama rakyat dalam memberi sokongan dan membantu usaha merancakkan pembangunan dalam kawasan masing-masing amat diperlukan.
"Kerajaan menerusi ADUN Layar meluluskan projek khas untuk pembinaan longkang di Kampung Melayu Betong dekat sini.

"Projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu memberi impak kepada enam Kampung Melayu di sini memastikan longkang lebih sempurna untuk kampung agar kebersihan dan keindahan kampung terpelihara.

"Kos menyiapkan projek ditetapkan berjumlah RM100,000 bagi setiap sebuah kampung," katanya.

Peruntukan keseluruhan berjumlah RM61,000 diserahkan kepada pengerusi masing-masing bagi pelaksanaan aktiviti kampung dan surau menjelang musim perayaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay, Ahli Majlis Daerah Betong Kaunselor Horace Entoi, Kaunselor Abdul Rahim Jaini, ketua-ketua kampung dan pengerusi surau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.160465 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list