CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7939|Reply: 0

[Sarawak] Jangan pertikaikan keakraban, ukhuwah setiap kaum

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:32 AM | Show all posts |Read mode


Rentap bersama barisan penerima pada majlis tersebut di Betong semalam.

BETONG: Jangan pertikaikan keakraban dan ukhuwah setiap kaum di sini dalam membentuk perpaduan masyarakat yang saling membantu dalam merealisasikan apa juga program dan aktiviti bersama.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu menyeru setiap kaum di negeri ini terus mengamalkan perpaduan kaum seperti yang wujud sejak sekian lama.

"Tiada siapa dapat mempertikaikan keharmonian menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di negeri ini terutama masyarakat kita di Betong ini yang mementingkan perpaduan.

"Kita amat bertuah kerana ketiga-tiga kaum di sini sentiasa bersatu dalam apa juga penglibatan aktiviti dianjurkan lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

"Umpamanya penganjuran Bazar Ramadan Betong memberi impak positif kepada masyarakat setempat berniaga di mana pelanggan mereka bukan sahaja kalangan masyarakat Islam malah kaum-kaum lain turut mengambil kesempatan membeli juadah dijual tanpa khuatir," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ringkas penyampaian cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2024 kepada Masjid, Surau dan JKKK Kampung Melayu di Dewan Al Husna Masjid Jamek Betong di sini semalam.

Sebanyak enam kampung Melayu di sini menerima sumbangan dana untuk JKKK, masjid dan surau masing-masing termasuk Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong berjumlah keseluruhan RM140,000 menerusi dana MRP ADUN Layar itu.

Rentap berkata, dengan adanya kerjasama dan semangat perpaduan kaum kerajaan dapat merencana pembangunan secara menyeluruh.

"Jika tiada kerjasama daripada semua pihak, ia akan merencatkan kemajuan dan perancangan pembangunan dalam kawasan kampung kita di sini.

“Oleh itu, saya amat mengharapkan ketua-ketua kampung dan masyarakat di sini bersatu dalam membentuk satu pasukan kuat demi pembangunan berterusan.

"Sokongan tidak berbelah bahagi rakyat dapat mempercepat pembangunan dalam kawasan masing-masing bagi menyokong hasrat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu menjadikan wilayah Sarawak maju dan semua rakyat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan alam sekitar mapan menjelang 2030.

"Oleh itu, kita amat menekankan kepentingan pendidikan kepada semua rakyat Sarawak terutama penduduk Betong supaya dapat merebut peluang dalam pendidikan mahupun pekerjaan bagi merubah kehidupan masing-masing.

"Pemimpin masyarakat juga perlu membantu memajukan pendidikan dengan memberi keutamaan dalam menggerakkan anak kampung merebut peluang yang kerajaan sediakan," jelasnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay, Ahli Majlis Daerah Betong Kaunselor Horace Entoi, Kaunselor Abdul Rahim Jaini, ketua-ketua kampung dan pengerusi surau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.068803 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list