CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7871|Reply: 0

[Sarawak] Seramai 56,000 orang di Mukah dapat manfaat daripada 72 Program Jualan Rahmah

[Copy link]
Post time 18-3-2024 05:29 AM | Show all posts |Read mode


Juanda (dua kanan), Salihin (tiga kiri) memerhatikan barang yang dijual pada Program Jualan Rahmah Ramadan di Dewan Masyarakat Igan.

MUKAH: Seramai kira-kira 56,000 orang mendapat manfaat daripada 72 Program Jualan Rahmah (PJR) dilaksanakan di Mukah dari Mei 2023 hingga Februari 2024.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Mukah Salihin Den berkata 13 PJR dijalankan di DUN Tellian, Daro (12), Kuala Rajang (11), Jemoreng (10), Semop (10), Dalat (8) dan Balingian (8).

"Jumlah keseluruhan nilai jualan sepanjang pelaksanaan PJR dari Mei 2023 hingga Februari 2024 ialah RM 3,132,520.43 dengan kos subsidi barang PJR mencatatkan sejumlah RM553,224.60," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.



Orang ramai membeli barang pada Program Jualan Rahmah Ramadan di Dewan Masyarakat Igan.

Salihin memberitahu, penjimatan harga barang keperluan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada pasaran setempat ditawarkan sepanjang program tersebut.

Beliau berkata, Program Jualan Rahmah Ramadan (PJRR) dengan kerjasama Chiong Soon Trading dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Mac di Dewan Masyarakat Igan, Kampung Tengah Igan.

PJRR mendapat sokongan dan program ini disempurnakan bersama oleh ADUN Jemoreng Dato Dr Juanda Jaya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak.

PJRR menawarkan pilihan kepada pengguna mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah antaranya gula, tepung gandum, telur, beras, kurma dan barangan terpilih sempena menyambut Ramadan.

Sehubungan itu, Salihin menggalakkan penduduk setempat merebut peluang ini dalam merancang pembelian keperluan rumah dan seterusnya berjimat daripada tawaran yang diberikan.

"Semua peniaga diingatkan agar sentiasa beretika dengan mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan kerajaan.

"Kerajaan menyeru agar rakyat bersabar dan terus bersama kerajaan dalam waktu sukar luar biasa ini yang turut melanda dunia dan memberi kesan kepada rantaian bekalan global dan negara," jelasnya.

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDN dan pemantau harga KPDN seluruh Sarawak terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan mencukupi serta memenuhi keperluan orang ramai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052864 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list