CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12557|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlu tadbir sendiri bidang kesihatan, pendidikan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:15 PM | Show all posts |Read mode


Dr Soon (lima kanan) bersama yang lain meraikan sambutan hari jadinya ke-81 di Sibu pada malam Sabtu.

SIBU: Sarawak perlu mengambil balik hak autonomi kesihatan dan pendidikannya bagi mentadbir sendiri kedua-dua bidang itu di negeri ini.

Penasihat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck berkata, ini sangat penting kerana kerajaan pusat tidak tahu tentang keperluan negeri ini.

"Mereka tidak tahu apa yang diperlukan kita misalnya keperluan doktor di sesebuah hospital mahupun klinik.

"Begitu juga dalam pendidikan, adalah lebih baik Sarawak memiliki autonominya sendiri kerana hanya kita sahaja sebagai orang tempatan tahu apa keperluan kita," katanya berucap pada majlis hari jadinya ke-81 anjuran SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya di sini, malam Sabtu.

Beliau turut memberitahu bahawa perjuangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan timbalannya Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menuntut hak kedua-dua autonomi tersebut sesuatu usaha yang harus disokong demi kebaikan Sarawak.

Tegasnya, ini adalah untuk menjadikan Sarawak yang lebih baik dalam kedua-dua bidang tersebut untuk generasi akan datang.

"Kita berharap akan dapat balik hak autonomi kita supaya kita boleh membuat keputusan sendiri kerana hanya kita sendiri sahaja yang tahu keperluan kita di Sarawak," tegasnya.

Menyentuh mengenai pembabitannya dalam politik, Dr Soon berkata, beliau mula menyertai SUPP pada 1962 ketika berusia 19 tahun.

Menurutnya, pada 1989 beliau dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan kemudian pada 1990 beliau disyorkan menjadi calon SUPP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong oleh mendiang Tan Sri Dr Wong Soon Kai.

Pada pilihan raya negeri 1991, beliau memenangi kerusi DUN Dudong buat kali pertama penampilannya dalam politik.

"Saya sudah 62 tahun dalam SUPP sehingga kini. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli parti Iban yang telah menyokong saya.

"Tanpa sokongan anda, saya mungkin tidak dapat menjadi wakil rakyat selama 20 tahun di Dudong," tambahnya lagi.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak William Anut, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong, Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Jaya Datuk Matthew Chen, Pengerusi Unit Bumiputera SUPP Cawangan Dudong Penghulu Paing Tawi dan pengerusi pengelola Lee Hui Shing.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049379 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list