CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12543|Reply: 0

[Sarawak] Wanita di Miri rugi RM37,400 ditipu tawaran kerja sambilan dalam talian

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode


ALEXSON

MIRI: Seorang wanita, di sini, berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM37,400 selepas ditipu tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima laporan polis dari mangsa berusia lingkungan 40an itu pada Jumaat.

“Mangsa yang merupakan pekerja swasta telah membuat urusan kerja sambilan secara dalam talian setelah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘F35C19 Booking Promotion’.

“Kerja sambilan tersebut adalah dengan melakukan tugasan menekan butang ‘like’ dan ‘follow’ dalam laman booking.com yang diberikan oleh suspek bagi mendapatkan komisen,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Alexson menjelaskan, mangsa kemudiannya mula berurusan dalam aplikasi Telegram setelah diarahkan oleh suspek.

“Mangsa juga diminta untuk membuat bayaran dahulu sebelum memulakan sebarang tugasan yang diberikan oleh suspek dan pulangan wang tersebut kononnya akan berganda.

“Mangsa telah membuat lima kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan suspek sehingga berjumlah RM37,400,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa hanya menyedari dirinya telah tertipu apabila komisen yang dijanjikan masih belum diperolehi dan suspek meminta wang lagi.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan sebat dan juga denda.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran kerja secara dalam talian khasnya dari laman sosial yang menjanjikan komisen dan mendapatkan keuntungan dalam kadar segera.

“Masyarakat digalakkan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber seperti phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun keldai atau sindiket penipuan.

“Selain itu, buat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

“Disarankan juga memuat turun aplikasi Whoscall melalui Google Play Store atau Apple Store, kerjasama di antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pembangun aplikasi Whoscall membolehkan nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan data sistem Semak Mule JSJK akan ditandakan sebagai scammer oleh Whoscall,” jelasnya.

Di samping itu, layari Facebook JSJK, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak bagi mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083682 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list