CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12548|Reply: 0

[Sabah] Hentikan pembakaran, jadilah masyarakat prihatin

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:10 PM | Show all posts |Read mode


MOHD SHAHRIL

BEAUFORT: Masyarakat di daerah ini dinasihatkan supaya menghentikan kegiatan pembakaran kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pembakaran yang lebih besar sekaligus menyebabkan pencemaran udara.

Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin (gambar) berkata, sekiranya berlaku kebakaran yang besar ia sudah tentu memberi bebanan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah itu lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Justeru beliau merayu supaya masyarakat peka dan simpati terhadap anggota yang bertugas di bulan puasa yang terpaksa membanting tulang dan keringat bagi memadamkan pembakaran yang disengajakan walhal banyak lagi kes kecemasan yang perlu diberi perhatian.

"Jangan pandang ringan api kecil kerana dengan keadaan cuaca ketika ini ditambah dengan angin, ia tentunya akan menyebabkan api merebak dengan cepat lebih-lebih lagi di kawasan yang kering, dan lebih mencabar jentera bomba tidak dapat masuk ke kawasan paya gambut.

"Oleh itu marilah kita jadi masyarakat yang prihatin, dengan mengelak melakukan perkara yang memudaratkan lebih-lebih lagi di bulan puasa bagi bersama-sama menjaga alam sekitar yang sedia ada demi memastikan kelangsungan hidupan liar di daerah ini, " katanya ketika menghubungi Utusan Borneo.

Dalam pada itu, Mohd Shahril turut menggesa masyarakat supaya memahami situasi ketika ini yang mana kemarau telah menyebabkan sumber bekalan air semakin berkurangan dan keadaan itu turut memberi kesan dalam usaha memadam kebakaran.

Tambah beliau sekiranya masyarakat terus mengendahkan nasihat dengan membuat pembakaran terbuka, ia tentu akan memberi kesan yang cukup sulit lebih-lebih lagi dengan permintaan bekalan air yang semakin merosot akibat cuaca panas melampau.

"Jangan jadikan ia (membakar) sebagai tabiat setiap kali menjelang kemarau dengan melakukan pembakaran kerana tindakan itu menyusahkan banyak pihak. Ingatlah jerebu boleh membawa kemudaratan terhadap kesihatan, dan sebaiknya jaga kesihatan sepanjang Ramadan ini, " katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shahril turut merakamkan penghargaan kepada anggota-anggota bomba atas kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas di bulan Ramadan dan mudahan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Katanya, anggota bomba yang bertugas wajar diberi pujian dan penghargaan kerana mereka langsung tidak mengeluh namun tetap cekal dan gigih melaksanakan tugas tanpa masyarakat menyedari liku-liku dan cabaran mereka.

Justeru beliau berharap kerajaan akan memberi pengiktirafan kepada pasukan 'frontliner' (barisan hadapan) atas jasa mereka kerana tanpa pasukan itu kemungkinan banyak harta benda yang akan musnah dalam kejadian jika api tidak dikawal sebaiknya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.160452 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list