CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12769|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar barang kawalan ke negara jiran gagal

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:09 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua barang kawalan yang dirampas diserahkan kepada pihak KPDN.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai barang kawalan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran di kawasan Jeti Makmur, Jalan Aman, Tanjung Batu, di sini, Khamis lalu.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abdul Nasir Othman berkata, rampasan berkenaan dilakukan kira-kira jam 9.40 malam.

Katanya, bertindak atas maklumat risikan, anggota PPM Tawau telah membuat rondaan di kawasan jeti-jeti pesisir pantai sekitar daerah ini.

“Sebaik tiba di Jeti Makmur, anggota PPM melihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan yang parkir di kawasan jeti berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada individu yang datang mengaku sebagai pemilik lori berkenaan dan dipercayai pemandu melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota PPM,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemukan 4,296 kilogram gula pasir, 80 kilogram tepung gandum dan 170 kilogram minyak masak.

Abdul Nasir berkata, barang-barang kawalan berkenaan disyaki mahu dibawa ke negara jiran tanpa kebenaran dan surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Semua rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM192,665.80 itu diserahkan kepada pihak KPDN untuk tindakan selanjutnya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064086 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list