CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13968|Reply: 0

[Sarawak] Bazar Ramadan Stutong bukan sekadar antara terbaik, malah tempat pertukaran idea gastronomi

[Copy link]
Post time 17-3-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


Wee (kiri) mengiringi Dr Sim semasa lawatan ke bazar Ramadan MBKS di Stutong selepas mengagihkan bubur lambuk. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Stutong bukan sahaja antara yang terbersih tetapi tempat terbaik untuk pertukaran budaya khasnya idea gastronomi.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng berkata, kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan Stutong adalah kaum Cina, tetapi khayalak yang berkunjung ke bazar adalah pelbagai kaum.

“Di sini mereka yang berkunjung bukan sahaja Cina tetapi kaum lain yang tidak berpuasa turut memeriahkan bazar. Ini adalah tempat di mana orang ramai bertukar-tukar budaya.

“Kenapa? di sini kita dapat melihat di mana rakan kita Melayu atau Muslim menjual ‘kuih chang’ yang asalnya ‘bak chang’  dari kaum Cina, selain itu kuih angku.

“Menerusi pertukaran idea gastronomi ini, ia merapatkan lagi kita bersama bahkan kaum Cina yang datang juga mempelajari makan Muslim yang ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MBKS sempena Ramadan yang disempurnakan Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Bazar Ramadan Pasar Stutong di sini, hari ini.

Wee berkata, Bazar Ramadan Stutong juga menjadi destinasi pilihan memandangkan ia antara bazar yang terbersih selain menawarkan sewa gerai yang murah serta berpatutan kepada peniaga.

“Kami (MBKS) di sini semuanya harus mematuhi peraturan ditetapkan dari segi kebersihan bukan sahaja dasar daripada MBKS tetapi juga peraturan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Mereka yang beroperasi dibazar ini sudah menyertai kursus kesihatan dan menerima vaksinasi. Dua perkara ini harus dipatuhi,” tegasnya sambil memberitahu MBKS telah menetapkan RM10 sehari bagi sewa gerai bazar.


Dr Sim mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan kepada pengunjung Bazar Ramadan MBKS di Stutong, hari ini. - Gambar Chimon Upon

Sementara itu, Dr Sim ketika ditemui berkata, kebersihan sentiasa menjadi topik penting ketika berkunjung ke gerai makanan sepanjang tempoh Ramadan.
Katanya, bazar Ramadan sentiasa menjadi acara yang paling dinanti-nantikan sepanjang musim ini.

“Bazar Ramadan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Bagi pengunjung mereka akan berkunjung ke sana selepas bekerja dan akan berbuka dan sebagainya.

“Salah satu aspek yang paling membimbangkan adalah sentiasa kebersihan.

“Justeru, MBKS bersama Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa turun padang bagi memastikan kebersihan terjaga,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.072372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list