CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10003|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Miri cari waris kepada Maratin Austine

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:28 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Maratin yang dikeluarkan oleh Hospital Miri bagi membolehkan pencarian waris pesakit terbabit yang kini ditempatkan di Wad Lelaki Hospital Marudi.

MIRI: Hospital Miri sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki berusia 72 tahun dikenali sebagai Maratin Austine.

Menerusi hantaran di Facebook Hospital Miri, merujuk kepada kad pengenalan pesakit bernombor 520523-13-XXXX alamat tertera adalah di Lot 6197, Desa Murni Permyjaya Miri.

“Menurut beliau (pesakit), alamat terakhirnya ialah di Kampung Pujut Padang Kerbau, Miri.

“Pada mulanya, pesakit telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri sejak bulan Oktober 2023, namun tiada waris yang mengunjungi pesakit sehingga pesakit terpaksa dipindahkan ke Hospital Marudi setelah selesai menerima rawatan.

“Maratin juga memaklumkan beliau mempunyai anak-anak yang tinggal di daerah Kanowit. Namun demikian, nombor telefon anak-anaknya tidak dapat dihubungi,” ujar Hospital Miri.

Sehubungan itu, pihak Hospital Miri menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 085-460633 pada waktu pejabat iaitu Isnin hingga Jumaat atau terus pergi ke Wad Lelaki Hospital Marudi dengan kadar segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.053982 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list