CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5875|Reply: 0

[Sarawak] SK Semerah Padi lancar tabung Fastabiqul Khairat, bantu golongan asnaf

[Copy link]
Post time 17-3-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode


Aida (tengah) bersama-sama pentadbir sekolah bergambar kenangan selepas melancarkan tabung Fastabiqul Khairat SK Semerah Padi.

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi melancarkan tabung Fastabiqul Khairat untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Guru Besar SK Semerah Padi Aida Kertina Hamden Hamid berkata, tabung itu diwujudkan bagi menambah dana untuk menyediakan bakul makanan kepada golongan berkenaan.

“Kita akan buka tabung ini kepada kepada para pelajar dan orang ramai yang ingin bersedekah sepanjang bulan Ramadan ini.

“Selain dalam bentuk wang tunai, kita juga mengalu-alukan sumbangan berupa barang keperluan dan mereka yang ingin menyumbang boleh  terus berhubung dengan pihak sekolah,” katanya pada program Fastabiqul Khairat di SK Semerah Padi di sini, pada Jumaat.

Menurut Aida, program itu merupakan aktiviti tahunan wajib Panitia Agama Islam sekolah berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

Ia katanya bertujuan untuk memupuk amalan bersedekah dalam kalangan kanak-kanak sejak peringkat awal usia.

“Kita mahu amalan ini menjadi satu cara hidup mereka sehingga dewasa nanti. Bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit semata-mata, ia boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk.

“Pada bulan Ramadan, amalan bersedekah sangat dituntut oleh agama kita. Justeru,banyakkan bersedekah pada bulan ini kerana pahalanya berlipat kali ganda,” katanya.

Antara objektif lain program itu tambahnya, untuk mendedahkan murid-murid dengan amalan sunat yang dituntut sepanjang Ramadan selain menerapkan akhlak mulia selaras dengan tuntutan agama.

“Di samping melahirkan para pelajar yang prihatin serta membentuk sahsiah murni dalam kalangan mereka untuk menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat dengan mengamalkan amalan yang dituntut dalam Islam,” katanya.

Sementara itu, sepanjang bulan Ramadan ini, SK Semerah Padi akan mengadakan aktiviti bertadarus, khatam al-Quran, majlis berbuka puasa, tarawih, agihan bakul makanan dan sumbangan duit raya kepada murid-murid sekolah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.094619 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list