CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6070|Reply: 0

[Sarawak] Ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak di Ngemah digesa aktif anjur program

[Copy link]
Post time 17-3-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode



Anyi (duduk, enam kanan) merakamkan kenangan dengan ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak kawasan Ngemah pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tadong.

KANOWIT: Ahli Persatuan Ketua Kaum Dayak di kawasan Ngemah diseru agar terus aktif melaksanakan program yang memberi impak positif kepada kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, Ketua Kaum perlu sering berhubung dengan agensi kerajaan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Banyak maklumat terkini khasnya tentang bantuan yang ada disediakan, projek yang boleh disalurkan dan perancangan pembangunan yang perlu diketahui oleh para penduduk,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tadong Tambi, Sungai Pedai di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, Ketua Kaum hendaklah tahu peranan mereka dalam pentadbiran di peringkat kampung.

Jelasnya lagi, pentadbiran yang licin di peringkat kampung pastinya memerlukan seorang ketua yang aktif dan dapat menguruskan pentadbiran secara tersusun di samping mempunyai hubungan yang baik dengan agensi kerajaan khasnya Pejabat Daerah.

Dalam pada itu, Anyi juga menerangkan tentang program pihak Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kawasan DUN Ngemah.

“Program tersebut adalah bagi mengatasi isu ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sah dan saya berharap program UKPS dan JPN ini dapat memberi manfaat kepada penduduk di Ngemah,” ujarnya.

Pada kemuncak majlis, Anyi telah meluluskan geran MRP berjumlah RM14,000 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Tadong dan RM3,000 kepada Biro Wanita Rumah Tadong bagi kegunaan pelaksanaan aktiviti tahunan mereka.

Hadir bersama ialah Pemanca Charlie Salang, Penghulu Lembat Atau, Penghulu Dunstan Mandau dan tetamu yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054393 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list