CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4899|Reply: 0

[Sabah] Bumbung dua premis tercabut akibat angin kencang

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode


ROSAK: Salah satu bangunan yang rosak di bahagian bumbung dan atap akibat angin kencang.

LAHAD DATU: Bumbung dua premis di Jalan Segama Industrial Estate, Batu 1, di sini tercabut akibat diterbangkan angin kencang, pada Jumaat.

Kejadian kira-kira 1.30 petang itu, bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa kerana fenomena itu berlaku dalam tempoh yang singkat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.40 petang.

Katanya, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi mengesahkan kejadian angin kencing berkenaan benar berlaku.

“Terdapat dua premis yang mengalami kerosakan di bahagian bumbung termasuk atap bangunan berkenaan juga turut tercabut.

“Setakat ini anggaran kerugian yang dialami oleh kedua-dua pemilik premis berkenaan belum dapat dipastikan lagi,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan fenomena angin kencang di media sosial dipercayai dimuat naik orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Berdasarkan satu video berdurasi 22 saat, kelihatan bumbung rumah dan serpihan bangunan diterbangkan angin seperti puting beliung itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058575 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list