CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6430|Reply: 0

Suarez wira Miami tundukkan DC tanpa Messi

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:37 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Inter Miami, Luis Suarez (dua dari kiri) tergelincir sebelum menampan masuk gol kedua pasukannya pada aksi MLS menentang DC United di Audi Field, Washington awal pagi tadi. – Foto REUTERS

WASHINGTON: Luis Suarez tampil dari bangku simpanan dan menyumbat dua gol ketika Inter Miami, tanpa khidmat Lionel Messi yang cedera, menang 3-1 di DC United dalam aksi Major League Soccer awal pagi tadi.

Suarez meneruskan permulaan prolifiknya dalam kehidupan di MLS dengan gol keenamnya dalam tujuh perlawanan bagi semua pertandingan buat kelab selatan Florida itu.

Miami gagal menang dalam tujuh perlawanan terakhir mereka tanpa Messi, namun di sebalik rekod itu, jurulatih Gerardo Martino meninggalkan Suarez dan Jordi Alba di bangku simpanan.

Daripada empat bekas bintang Barcelona, hanya pemain tengah Sepanyol, Sergio Busquets bermula di Audi Field dan tuan rumah mengintai peluang untuk melakar kejutan.



Keyakinan mereka meningkat apabila Jared Stroud menjaringkan gol buat DC United, menyambut hantaran Mateusz Klich sebelum merembat kencang melepasi Drake Callender.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan 10 minit apabila Leonardo Campana mengetuai serangan Miami, menyaksikan tandukannya diselamatkan Alex Bono tetapi kemudian selepas DC gagal mengeluarkan bola dengan baik, dia menyudahkan kuisan Federico Redondo dengan rembatan leret kaki kiri.



Pemain pertahanan Inter Miami, Sergii Kryvtsov (kanan) cuba mengekang asakan penyerang DC United, Christian Benteke pada aksi MLS di Audi Field, Washington awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Suarez dibawa masuk pada minit ke-62 dan selepas hanya 10 minit, penyerang Uruguay berusia 37 tahun itu menampan masuk hantaran leret Campana dari sebelah kanan.

Kemudian Diego Gomez, pemain tengah Miami dari Uruguay, memenangi bola di tengah sebelum memecah benteng lawan, menemui Suarez tetapi usahanya untuk mengasak pada awalnya dihalang.

Bagaimanapun Suarez menemui ruang untuk melambungkan bola melepasi jangkauan Bono sekali gus melepasi garisan gol.

Martino berkata, persembahan Suarez sempurna menurut perancangannya.

"Kami bercakap mengenainya untuk beraksi setengah jam dan dia berjaya mengubah perlawanan," kata jurulatih warga Argentina itu.

Miami akan berdepan kelab Mexico, Monterrey pada pertandingan peringkat serantau 3 April ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... kkan-dc-tanpa-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.500706 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list