CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6545|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerugian RM664 juta bagi jenayah komersial awal tahun ini

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode

RAMLI Mohamed Yoosuf (tengah). FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan RM664 juta nilai kerugian bagi kes jenayah komersial untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, 6,272 kertas siasatan dibuka sejak Januari hingga Februari.

"Sebagaimana lazim, kes-kes penipuan dalam talian adalah kategori kes yang mencatatkan jumlah terbesar. Sepanjang tempoh dua bulan itu, 5,257 kes penipuan atas talian direkodkan melibatkan nilai kerugian keseluruhan RM253 juta.

"Jumlah kes ini adalah bersamaan 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang disiasat,"katanya ketika dihubungi, hari ini.



Ramli berkata, daripada enam kategori kes penipuan dalam talian, jenayah telekomunikasi mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,092 kes mebabitkan nilai kerugian RM65.8 juta.

"Jenayah e-dagang (transaksi urusniaga online) pula mencatatkan 1,205 kes dengan nilai kerugian RM11 juta. Empat lagi kategori kes penipuan atas talian masing-masing mencatatkan jumlah kes dan kerugian ialah pelaburan tidak wujud dengan 980 kes dan kerugian RM 157 juta.

"Selain itu, pinjaman tidak wujud dengan 584 kes dan kerugian RM 6 juta; jenayah e-kewangan dengan 274 kes dan nilai kerugian sebanyak RM 9.7 juta dan penipuan Love scam dengan 122 kes sertakerugian sebanyak RM 3.4 juta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sial-awal-tahun-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.397766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list