CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7191|Reply: 0

[Selangor] 'Kanak-kanak kini mudah terpedaya dengan pujukan penjenayah seksual' - polis

[Copy link]
Post time 17-3-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan pada sesi forum sempena Konvensyen Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. NSTP / FAIZ ANUAR

SHAH ALAM: Kanak-kanak kini dikesan mudah dipujuk dan diperdaya oleh pelaku jenayah seksual, sehingga sanggup berkongsi gambar bogel serta melakukan aksi seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Persekutuan, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata tanpa sentuhan fizikal pun, jenayah seksual masih boleh berlaku dengan mudah.

"Dengan hanya bersembang sahaja, mangsa berkongsi imej bogel selepas dipujuk, diperdaya.

"Ada beberapa kes hari ini, mereka diperdaya untuk berkongsi bahan beransur seksual, gambar bogel, aksi seksual dan sebagainya.


"Akhirnya mereka dijadikan mangsa pemerasan seks dan ini memberikan kesan trauma mangsa itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum di Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), di sini hari ini.

Konvensyen berkenaan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Siti Kamsiah berkata, polis mencatatkan 70 peratus daripada keseluruhan kes jenayah seksual membabitkan mangsa kanak-kanak.

Katanya, kanak-kanak berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah seksual berikutan kelemahan mereka dan keupayaan terhad untuk melindungi diri mereka atau memahami sifat jenayah terbabit.
https://www.bharian.com.my/berit ... -penjenayah-seksual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.626796 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list