CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10493|Reply: 0

Aksi dengan Nepal mustahak - Josue

[Copy link]
Post time 16-3-2024 04:12 PM | Show all posts |Read mode

JOSUE berkata aksi itu memberi peluang buat barisan kejurulatihan merangka strategi ampuh selain meningkatkan kecergasan pemain. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Walaupun hanya bertaraf perlawanan persahabatan, penyerang naturalisasi negara Paulo Josue menyifatkan aksi dengan Nepal cukup mustahak dalam menyediakan pasukan sebelum berdepan Oman, Jumaat ini.

Pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Mini UiTM Shah Alam malam tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon nyata menepati ramalan apabila mudah menewaskan Nepal dengan 5-1.

Menurut Josue, aksi itu memberi peluang buat barisan kejurulatihan merangka strategi ampuh selain meningkatkan kecergasan pemain.

"Kami perlu gunakan aksi bertemu Nepal untuk memperoleh minit dan kecergasan permainan.



"Ini penting untuk pemain perlu sentiasa bersedia dan berikan 100 peratus dalam perlawanan menentang Oman nanti.

"Pasukan akan cuba berikan aksi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika bertemu Korea Selatan kerana kita berjaya buktikan yang kita mampu melakukannya," katanya.

Di Piala Asia Qatar Januari lalu, skuad Harimau Malaya berjaya mengejutkan Korea Selatan dengan mengikat gergasi Asia itu 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E untuk memungut satu mata.

Pasukan negara bakal terbang ke Muscat esok untuk menentang Oman sebelum bertemu sekali lagi di Bukit Jalil empat hari kemudian dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Ketika ini, Malaysia menduduki tangga pertama Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... epal-mustahak-josue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.121149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list