CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8114|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sanggup datang dari jauh untuk isi borang mohon bantuan

[Copy link]
Post time 16-3-2024 03:11 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai beratur untuk mendapatkan bantuan sempena Aidilfitri di Madrasatul Faridiyah, Sri Rampai. FOTO Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Ada yang sanggup datang dari Seremban semata-mata untuk mengisi borang bagi mendapatkan bantuan sempena Aidilfitri.

Itu antara sebahagian kisah yang berlaku di Madrasatul Faridiyah, Sri Rampai hari ini, ketika lebih 1,000 orang hadir untuk mengisi borang sumbangan dari pusat pengajian terbabit.

Pengerusinya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, beliau terharu selepas mendapati ada yang sanggup datang dari jauh untuk memastikan nama mereka tersenarai sebagai penerima dalam majlis yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Katanya, program tradisi yang diadakan sejak 1990-an itu diteruskan pada tahun ini dengan menyasarkan seramai 2,500 penerima termasuk mereka yang pernah menerima bantuan sama sebelum ini.

"Hari ini satu situasi yang menginsafkan saya apabila ada yang datang dari Seremban, Negeri Sembilan; Kajang dan kawasan lain di luar Kuala Lumpur untuk mengisi maklumat mereka kepada penganjur.

"Kalau sebelum ini kita menggunakan sistem kupon, kali ini kita guna kod QR bagi memudahkan pengurusan dan agihan barangan keperluan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, program tahun ini turut membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar ibu negara dengan penyerahan dijangka disempurnakan sendiri Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Jawahar Ali berkata, ia sebagai inisiatif bagi menghargai jasa pasukan keselamatan selain meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Selain PDRM, kita juga bekerjasama dengan Nestle Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penduduk sekitar Wangsa Maju untuk memastikan penganjuran ini berjaya mencapai matlamatnya," katanya.

Penerima, Norasihah Abdullah, 47, berkata, dia hadir ke madrasah berkenaan selepas dimaklumkan seorang rakan mengenai bantuan itu.

"Alhamdulillah, kali ini saya dapat merasa bantuan daripada madrasah ini. Walaupun saya tinggal di Ampang, tetapi bila tahu ada bantuan, saya usahakan untuk datang juga," katanya.

Seorang lagi penerima, Hamizi Hamid, 41, berkata, dia juga menerima bantuan berkenaan buat pertama kali biarpun tahu mengenai program tahunan itu sebelum ini.

"Saya dapat tahu daripada persatuan di sini bahawa permohonan bantuan sudah dibuka. Memandangkan tahun ini mungkin saya tidak pulang berhari raya di kampung, jadi bolehlah sumbangan ini nanti digunakan untuk hari raya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... orang-mohon-bantuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049205 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list