CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4803|Reply: 1

[Johor] Tukang simbah cat merah ditahan

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 11:06 AM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat berkaitan simbah cat, yang dipercayai didalangi sindiket pinjaman tanpa lesen warganegara asing.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan tidak sampai 24 jam selepas laporan polis dibuat pengadu pada jam 3.58 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan.

Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 9.10 pagi pada hari sama di sekitar bandar raya ini.

"Polis menerima laporan berkaitan kejadian simbah cat berwarna merah di pagar rumah mengadu dan sehelai nota ugutan.


"Turut dirampas, dua telefon bimbit, kad akses, beg galas, topi, empat helai kertas bertulis nota ugutan, pasport Malaysia, botol plastik mengandungi cat berwarna merah dan sarung tangan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Raub berkata, penahanan suspek membawa kepada penyelesaian lima kes simbah cat di sekitar kawasan Johor Bahru.

"Hasil siasatan awal mendapati kes khianat simbah cat ini didalangi oleh sindiket along warganegara asing," katanya sambil menambah Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berit ... h-cat-merah-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:01 PM | Show all posts
Senang betul kerja dia, cuma simbah cat sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060528 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list