CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22494|Reply: 0

[Sarawak] Gambaran di asrama SMK Tebedu tidak seperti yang ditularkan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:41 PM | Show all posts |Read mode


Riot (duduk) bersama yang lain semasa mengadakan lawatan ke bilik asrama SMK Tebedu, hari ini. - Gambar Facebook Richard Riot

KUCHING: Gambaran berhubung tilam dan bantal buruk di bilik asrama sebuah sekolah di Serian, tidak seperti yang ditularkan.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan hari ini susulan apa yang ditularkan di asrama SMK Tebedu.

“Saya telah mengadakan lawatan untuk meninjau sendiri keadaan yang sebenarnya.

“Setelah diberi taklimat dan melihat sendiri akan keadaan di asrama tersebut, saya dapati ia tidak seperti apa yang ditularkan iaitu tilam yang telah reput,” katanya menerusi catatan Facebook beliau, hari ini.

Riot memberitahu, gambar yang ditularkan itu merupakan tempat di mana tilam-tilam lama disimpan sebelum dilupuskan.

Katanya, gambar seperti yang ditularkan iaitu tilam yang telah reput bukanlah gambar di asrama atau untuk kegunaan asrama.

“Akan tetapi ia adalah gambar di setor yang merupakan tempat untuk penyimpanan barangan untuk dilupuskan,” tegasnya.

Lawatan Riot ke sekolah berkenaan diiringi Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Zamzaitul Akmal Hisham, Pegawai Pendidikan Daerah Serian Bunsie Tuntom, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pegawai Daerah Tebedu Joseph Liaw serta ketua-ketua masyarakat yang terdiri daripada penghulu dan ketua-ketua kaum.

Sebelum ini, portal Mstar pada Rabu melaporkan seorang bapa pelajar sekolah ketika menghantar anaknya ke asrama terkejut sebaik melihat keadaan bilik di asrama yang dihuni dua anak lelakinya masing-masing merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

Bapa pelajar itu memberitahu, bukan sahaja kain yang membaluti tilam koyak rabak, sebahagian isi tilam berlubang dan terburai.

Bagaimanapun pada Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, tilam dan bantal buruk di bilik asrama sebuah sekolah di Serian itu adalah barangan yang hendak dilupuskan.

Beliau berkata, barangan berkenaan masih menunggu surat kelulusan bagi tujuan pelupusan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.305340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list