CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22087|Reply: 0

[Sarawak] Kawasan hutan seluas 75 hektar di Kuala Baram musnah terbakar

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:33 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian kawasan hutan di Kuala Baram terbakar pada Khamis lalu.

MIRI: Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 75 hektar di Kuala Baram dekat sini musnah terbakar dalam kejadian berlaku tengah hari Khamis.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran hutan itu kira-kira jam 12.50 tengah hari.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong diketuai ketua balainya Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II Henry Jugah bergegas ke lokasi kejadian jaraknya 13 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 75 hektar mengikut daripada perkiraan di peta Google,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.


Sebahagian kawasan hutan di Kuala Baram terbakar pada Khamis lalu.

Awangku Mohd Hazmin memberitahu, pasukan bomba kemudian bertindak membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu nozel air daripada tangki jentera, dua alat pemerap api dan satu alat semburan pertanian.

“Manakala kawasan tiada akses masuk untuk membuat pemadaman didapati sudah terkawal.

“Setelah melihat keadaan di lokasi terkawal dan didapati selamat, operasi ditamatkan kira-kira jam 7.40 malam,” jelasnya.

Beliau berkata, operasi terbabit turut dibantu pasukan bomba dari Lembaga Pelabuhan Miri dan pasukan tindak balas kecemasan sebuah syarikat swasta di Kuala Baram.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya juga menerima laporan kebakaran belukar berlaku di Lorong Seroja 8, Kampung Tudan Fasa 5, kira-kira jam 8.25 malam Khamis.

“Lima anggota BBP Lutong diarahkan respons ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar dianggarkan seluas 0.3 hektar.


Anggota bomba berusaha memadamkan api di kawasan kebakaran hutan di Kuala Baram, Miri pada Khamis.

“Api ketika itu marak membakar kawasan terbabit namun setelah pemeriksaan dibuat didapati kawasan tiada akses dan terdapat sungai di sekeliling kawasan terbakar tersebut sebagai benteng pemecah api.

“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan jam 9.20 malam,” jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068957 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list