CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19704|Reply: 0

[Sarawak] KPDN Limbang pastikan peniaga bazar Ramadan pamer tanda harga

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:28 PM | Show all posts |Read mode


Hazwan ketika menyampaikan apron dan penanda Menu Rahmah kepada peniaga di Bazar Ramadan Limbang, pada Khamis.

LIMBANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Limbang meningkatkan advokasi dan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga di nazar Ramadan mematuhi peraturan dengan mempamerkan tanda harga setiap barangan dan menu yang dijual.

Ketua KPDN Bahagian Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata tidak ada pengecualian diberikan kepada golongan peniaga walaupun kebanyakan mereka hanya menjalankan aktiviti itu pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, peraturan mempamerkan tanda harga melibatkan semua peniaga termasuk menjual kuih-muih, lauk-pauk dan barang makanan lain seperti ikan dan ayam.

"Kita membuat advokasi dan penguatkuasaan bersama peniaga Bazar Ramadan dengan memberi penekanan aspek penandaan harga dan penggunaan timbang dan sukat," katanya ditemui pada Program Bazar Ramadan Rahmah Limbang di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, hasil pemantauan selama tiga hari Ramadan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi peraturan dengan mempamerkan harga pada barangan jualan mereka.

"Kegagalan mempamerkan tanda harga pada barangan dijual merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan 2 (1) Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051448 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list