CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18209|Reply: 0

[Sarawak] MTPN gesa kerajaan terus kemas kini undang-undang berkaitan hak pengguna dalam talian

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode


Ong mengajak orang ramai menjadi pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan proaktif dalam memperjuangkan hak-hak masing-masing.

KUCHING: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sarawak menggesa kerajaan untuk terus mengemas kini undang-undang berkaitan hak-hak pengguna dalam talian.

Pengerusi MTPN Cawangan Sarawak Wynson Ong berkata, pada masa sama kerajaan perlu memastikan pelaksanaan yang berkesan untuk melindungi pengguna daripada ancaman dalam dunia maya.

Ong berkata, fenomena penipuan dalam talian (scam), perlindungan data peribadi dan akses yang adil kepada perkhidmatan digital adalah antara isu yang memerlukan perhatian serius semua pihak.

Selain itu, syarikat perlu mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, menyediakan maklumat yang jelas dan tepat kepada pengguna dan memberikan akses yang saksama kepada perkhidmatan digital, ujarnya.

“Salah satu cabaran utama dalam era digital ini adalah pemahaman dan perlindungan hak-hak pengguna dalam persekitaran digital.

“Namun begitu, kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna tidak hanya bergantung kepada tindakan kerajaan dan syarikat, tetapi juga kepada penglibatan aktif individu.

“Setiap orang mempunyai peranan penting dalam melindungi diri sendiri dan menyokong inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup dan keadilan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataannya sempena sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia hari ini.

Sehubungan itu, MTPN Cawangan Sarawak tegasnya, berusaha untuk menjadi ‘suara’ bagi rakyat Malaysia dalam memastikan hak-hak pengguna dipelihara dan diperjuangkan.

MTPN jelasnya, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna melalui pelbagai inisiatif, termasuk kempen kesedaran, ceramah kepenggunaan, ceramah antiscam, kerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta berkepentingan dan program-program lain.

“MTPN mempunyai pelbagai saluran komunikasi termasuk talian telefon, e-mel, borang dalam talian, atau aplikasi mudah alih.

“Isi borang aduan atau menyediakan butiran aduan anda melalui saluran yang dipilih. Pastikan untuk memberikan butiran yang jelas dan lengkap mengenai aduan anda, termasuk maklumat untuk dihubungi anda dan bukti-bukti yang berkaitan,” katanya.

Sempena sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, Ong mengajak pengguna bersama-sama mengambil komitmen untuk menjadi pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan proaktif dalam memperjuangkan hak-hak masing-masing.

Beliau turut memaklumkan sebagai seorang pengguna, semua orang mempunyai lapan hak pengguna dalam kehidupan seharian.

“Antara lapan hak setiap pengguna adalah hak mendapat keperluan asas, hak untuk mengakses barangan dan perkhidmatan keselamatan, hak untuk mengakses maklumat yang betul, hak untuk membuat pilihan yang betul.

“Selain itu, hak untuk menyuarakan pendapat, hak untuk mendapat pampasan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan sihat serta hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan,” katanya.

Pengguna yang mempunyai aduan atau menghadapi masalah penipuan boleh menghubungi 017-710 9299 untuk membuat aduan atau membuat pertanyaan tanpa perlukan bayaran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.314873 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list