CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4520|Reply: 0

[Sarawak] Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen ‘lubuk’ juadah Semenanjung

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode


Nor Azliana menunjukkan juadah yang dijualnya.

KUCHING: Peniaga di Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8 di sini mengakui bahawa bazar Ramadan mereka menjadi tarikan kepada penggemar makanan yang mencari makanan Semenanjung Malaysia.

Disebabkan itu dan memandangkan kebanyakan mereka berasal dari Semenanjung Malaysia, para peniaga tetap berbesar hati untuk berkongsi makanan Semenanjuglng dengan penduduk tempatan di Sarawak, terutama pada bulan Ramadan.

“Saya sudah bertahun-tahun berniaga di sini pada bulan Ramadan dan ya apabila berniaga di sini saya akan sentiasa menjual makanan yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

“Ini kerana saya tahu orang ramai yang datang ke bazar ini sedang mencari makanan Semenanjung Malaysia,” kata Nor Azliana Abu Bakar, 37, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ketika ditemu bual di bazar itu, hari ini.

Beliau juga mengulas bahawa disebabkan bazar itu terletak di kem tentera, kebanyakan pelanggannya akan pergi ke bazar untuk mencari makanan Semenanjung Malaysia dan wajar baginya untuk menjual makanan dari negeri asalnya.

Nor Azliana menjual semua jenis masakan dari Semenanjung Malaysia dan antaranya ialah Mihun Sup Utara, yang merupakan makanan istimewa Kedah; Laksam iaitu makanan istimewa Kelantan; Laksa Pulau Pinang dan banyak lagi makanan yang berasal dari Semenanjung Malaysia.


Fairun menjual 'Roti John' dan 'Nasi Bajet' di situ.

Seorang lagi peniaga Mohamad Fairun Che Mat, 42, yang berasal dari daerah Yan, Kedah tetapi mempunyai isteri warga Sarawak turut berkata, dia gembira melihat bazar Ramadan turut menjadi tarikan kepada penggemar makanan Semenanjung Malaysia.

“Sebagai orang dari Semenanjung Malaysia sendiri, saya suka apabila penduduk tempatan datang ke sini untuk menikmati makanan dari negeri asal saya dan percaya masakan dari Semenanjung Malaysia sedap dan orang Sarawak akan menyukainya seperti saya,”kata Fairun.

Mohamad Fairun menjual 'Roti John' dan 'Nasi Bajet' dengan gerainya yang dimeriahkan dengan warna negeri Kedah dan juga lambang negeri itu boleh dilihat di seluruh gerainya.

Sementara itu bagi Yulianti Rasmi, 40, yang berasal dari Sandakan, Sabah tetapi berkahwin dengan anggota tentera dari Perak, sebagai peniaga dia sedar orang ramai yang datang ke bazar itu mencari makanan Semenanjung Malaysia justeru gerainya turut menjual juadah di mana dia dan suami berasal.


Yulianti

"Saya terfikir untuk menjual makanan dari Sabah namun saya rasa lebih baik saya menjual jenis makanan yang biasa ditemui di tempat asal suami saya. Seperti kebanyakan yang datang ke bazar ini juga menikmati hidangan Semenanjung Malaysia dan saya gembira untuk berkongsi rasa makanan itu dengan orang ramai yang mengunjungi bazar ini,” kata Yulianti.

Yulianti, yang juga menjual pelbagai jenis makanan Semenanjung Malaysia, bagaimanapun terkenal dengan dua minuman yang dijualnya seperti 'Teh Ais Ganja' dan 'Jagung Kelebang'.

Setiap bulan Ramadan, Kem Tentera Penrissen Batu 8 akan menjadi tumpuan gastronomi, menarik minat penggemar makanan yang tidak sabar-sabar untuk merasai rasa masakan Semenanjung Malaysia yang boleh didapati di bazar Ramadan kem itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049441 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list