CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4578|Reply: 0

[Sabah] Penghantaran bekalan air ke kampung terjejas di Lumadan akan dilakukan sekiranya berlaku gangguan akibat kemarau

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Ruslan mengagihkan risalah Ramadan kepada peniaga yang ditemui di bazar Ramadan itu.

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam mengambil beberapa pendekatan bagi menangani isu gangguan bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dengan menyediakan khidmat penghantaran bekalan air ke beberapa buah kampung yang terjejas akibat kemarau yang berlaku ketika ini.

Mengulas lanjut Ruslan berkata, sekiranya berlaku gangguan bekalan air, beliau akan menggerakkan beberapa buah lori tangki air yang terdapat di daerah itu ke kampung-kampung yang terjejas untuk diagihkan kepada penduduk bagi memastikan mereka mempunyai bekalan mencukupi untuk aktiviti harian.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini yang mana pada tahun 2022, berlaku gangguan bekalan air bersih ekoran banjir yang menyebabkan loji tidak dapat beroperasi akibat kekeruhan air yang teruk serta mengakibatkan pam tersumbat dengan pasir, kita telah mengambil usaha dengan menghantar air ke kampung-kampung menggunakan lori tangki.

"Dengan pengalaman ini, kita akan melakukan usaha yang sama dengan menyediakan lori yang memuatkan tiga hingga empat buah tangi dengan kapasiti 400 gelen setiap tangki untuk diagihkan kepada penduduk yang terputus bekalan air akibat kemarau.

"Saya juga berharap para penduduk dapat menyediakan tangki simpanan atau bekas-bekas takungan (drum) masing-masing sebagai persiapan menghadapi kemungkinan terputus bekalan air akibat musim kemarau ini, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan program Ramah Mesra Bersama Peniaga Bazar Ramadan Beaufort di Dataran Bagandang, dekat sini pada Khamis.

Semasa majlis ramah mesra itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut mengagihkan risalah Ramadan dan buah kurma kepada peniaga di sekitar bazar Ramadan itu.


BERI RISALAH: Ruslan mengagihkan risalah Ramadan kepada peniaga yang ditemui di bazar Ramadan itu.

Dalam pada itu, Ruslan turut mengingat para peniaga supaya menjaga kebersihan dan pada masa sama mematuhi panduan daripada majlis daerah dan Jabatan Kesihatan sepanjang jualan di bazar Ramadan itu bagi memastikan jaminan kualiti.

Beliau turut menyarankan peniaga Islam supaya mempraktikkan hukum jual beli dalam Islam dengan melafaz akad jual beli supaya perniagaan lebih mendapat keberkatan daripada Allah SWT sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053543 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list