CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4455|Reply: 0

[Sabah] Projek MEKAR Yayasan PETRONAS, sedia bekalan air bersih penduduk di Kota Belud

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode


GERAN: Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab (kiri) dan Pengarah Program Taylor’s University Prof. Madya Dr Tamilsalvi Mari (tiga kanan) menerima replika geran untuk pelaksanaan Projek MEKAR sambil disaksikan oleh Safar (tiga kiri) dan Bacho (dua kiri) pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kira-kira 250 penduduk di Kampung Tinata Ulu Kota Belud bakal menikmati bekalan air bersih menerusi projek pembinaan sistem tadahan air graviti dan sistem penuaian air hujan yang dibiayai oleh Yayasan PETRONAS.

PETRONAS melalui Yayasan PETRONAS akan menyampaikan Geran Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) kepada Taylor’s University untuk melaksanakan projek berkenaan.

Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management (MPM) PETRONAS Datuk Bacho Pilong berkata, projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh 18 bulan oleh Taylor’s University.

Katanya, sistem bekalan air yang disediakan merangkumi tadahan air, paip air, rumah pam, tangki penyimpanan, penapis air dan titik pengumpulan air.

Menurutnya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Yayasan PETRONAS dalam pembangunan lestari dengan matlamat untuk memberi manfaat kepada 250 penduduk di kampung berkenaan.

"Projek ini juga membabitkan pelaksanaan pertanian mampan serta perkongsian kemahiran dan pengetahuan kepada penduduk supaya mereka dapat mengekalkan sistem itu dalam jangka masa panjang.

"Menerusi inisiatif di bawah program MEKAR Yayasan PETRONAS, ia dapat memperkasakan masyarakat dengan memenuhi keperluan asas, menyediakan latihan kemahiran dan pembangunan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar PETRONAS Bersama Pemegang Taruh Sabah di sini semalam. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong menjadi tetamu kehormat majlis itu.  

Pada majlis itu, Bacho bersama Safar menyaksikan acara penyampaian Geran MEKAR daripada Yayasan PETRONAS kepada wakil Taylor’s University.

Menurutnya, penyampaian Geran MEKAR itu melambangkan nilai kesepakatan yang ikhlas dan mesra.

"Saya yakin PETRONAS dan masyarakat Kota Belud akan terus sealiran dalam komitmen kepada pembangunan komuniti setempat dan alam sekitar pada hari ini dan pada masa akan datang," jelasnya.

Projek berkenaan adalah projek bekalan air bersih kedua yang dibiayai Yayasan PETRONAS di Sabah selepas program MEKAR pertama di Pitas.

Projek pertama itu menyediakan bekalan air bersih kepada 200 keluarga di Kampung Boribi Kanibongan, Kampung Gunsali, Kampung Mapad Kanibongan, Kampung Ranggal, dan Kampung Mangkapon Darat pada 2022.

Pada 2017, PETRONAS turut menyediakan bekalan air berasaskan graviti kepada tiga kampung iaitu Kampung Patiu, Kampung Katud dan Kampung Pulutan di Kota Marudu.

Dalam pada itu Bacho berkata, majlis iftar itu bertujuan bersama-sama berkumpul dalam sesi ramah mesra di antara PETRONAS, Kerajaan Negeri Sabah, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta rakan-rakan industri bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Pihaknya berbesar hati untuk berkongsi mengenai jalinan rapat yang termeterai melalui kerjasama PETRONAS dan semua pihak khususnya dalam bidang pembangunan modal insan dan kepakaran tempatan sempena majlis itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071729 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list