CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4384|Reply: 0

[Sabah] Tokan dadah ditahan bersama 74.33 gram syabu

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:09 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Bekalan dadah yang dirampas semasa serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Kandawayon.

KOTA MARUDU: Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan bersama 74.33 gram dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kandawayon di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, serbuan pada awal pagi 14 Mac lalu itu dijalankan Pasukan Polis Task Force (Risikan) Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut dibantu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu.

“Semasa serbuan dijalankan polis menahan suspek lelaki berumur 30-an dan menemukan satu bungkusan berwarna hitam yang berada di atas sofa ruang tamu rumah terbabit.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan berkenaan mendapati mengandungi 239 paket plastik lutsinar sederhana besar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku ada menghisap syabu dan mendedahkan memperoleh bekalan syabu dari seorang lelaki di Kota Kinabalu.

“Rampasan bekalan dadah yang dianggarkan seberat 74.33 gram dengan anggaran harga pasaran RM14,432 dipercayai adalah untuk dijual di sekitar Kota Marudu.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman gantung mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan,” katanya.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan salah laku jenayah atau dadah dikawasan masing-masing.

“Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis IPD Kota Marudu ditalian 019-218 3708,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047445 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list