CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6417|Reply: 0

[Sarawak] Stesen minyak alami masalah teknikal susulan gangguan sistem Internet

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode


Pemeriksaan dilakukan oleh penguat kuasa KPDN Sarawak.

KUCHING: Gangguan sistem Internet punca sebuah stesen minyak di pusat bandar raya ini mengalami masalah teknikal selama 10 hingga 15 minit pada Rabu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam kenyataan medianya berkata pemeriksaan telah dilakukan sebaik sahaja laporan gangguan bekalan minyak diesel di stesen minyak tersebut diterima.

"Hasil pemeriksaan oleh penguat kuasa KPDN Sarawak mendapati bekalan minyak RON 95 dan diesel adalah mencukupi dan tiada island yang ditutup semasa pemeriksaan dijalankan.

"Gangguan teknikal di tiga island stesen minyak tersebut berpunca daripada gangguan sistem Internet yang mengalami masalah teknikal selama 10 hingga 15 minit," katanya.

Tambahnya, setakat Rabu KPDN Sarawak telah menjalankan 311 pemeriksaan ke atas stesen minyak dan pemborong minyak diesel di seluruh Sarawak di bawah Ops Tiris.

"Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan peniaga yang terlibat mematuhi Akta Bekalan 1961 serta peraturan di bawahnya," tegasnya.

Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan bekalan minyak tersebut juga boleh melaporkan terus kepada KPDN.

Laporan boleh dibuat melalui WhatsApp 019-8488000/019-2794317, portal aduan: e-aduan.kpdn.gov.my, call centre 1-800-886-80 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.113927 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list