CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6238|Reply: 0

[Sarawak] Masyarakat diseru lapor perbuatan pembuangan sampah haram

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:15 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) menyeru kepada penduduk di sekitar kawasan Rantau Panjang agar bersama-sama menjadi mata dan telinga kepada pihak majlis untuk melaporkan perbuatan pembuangan sampah haram.

Pengerusinya, Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, pihak majlis baru-baru ini mendapati tiga lokasi telah dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah secara haram oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, tiga kawasan terbabit adalah tepi Jalan Tanjung Kibong, Rantau Panjang (sebelah kiri menuju ke Pangkalan Kapal JKR), Jalan Tanjung Kibong 1 dan di penghujung Jalan Tanjung Kibong 2.

"Perbuatan ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, ia juga membebankan pihak majlis dan menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar serta memudaratkan kesihatan penduduk sekitar," ujarnya pada sidang media yang diadakan selepas mesyuarat MDLBS di sini, pada Rabu.

Katanya, dengan pembangunan dan perindustrian yang berkembang pesat, masalah pembuangan sampah perindustrian, kilang dan sisa binaan secara haram di kawasan (MDLBS) telah menjadi cabaran besar kepada pihak majlis.

"Ini pasti akan mendedahkan manusia kepada pencemaran alam sekitar seperti banjir, halangan saliran dan berleluasanya penyakit berjangkit," jelasnya.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Rity Jawa atau Penolong Pegawai Keshatan Persekitaran Ling Tung Ang di talian 084-336077.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.135874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list