Tun Wan Junaidi (tengah), Toh Puan Fauziah (kanan) dan Abdul Karim semasa menghadiri Majlis Bersungkei di Astana Negeri Sarawak pada Rabu. - Gambar Penerangan
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyertai Majlis Bersungkei di Astana Negeri Sarawak di sini pada Rabu.
Majlis berbuka puasa itu merupakan pertama kali Tuan Yang Terutama (TYT) dan isteri hadir berbuka puasa selepas dilantik menjadi TYT Sarawak.
Turut diadakan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan tarawih yang diketuai oleh Imam Besar Sarawak Dato Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi bersama 300 jemaah.
Jemaah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Jabatan Mufti Sarawak dan Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu lain.
|