CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4832|Reply: 1

[Sarawak] Bazar Ramadan di Bau lebih meriah

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode


Henry menyantuni peniaga Bazar Ramadan Bau. -Gambar UKAS

KUCHING: Pembukaan Bazar Ramadan di Bau lebih meriah tahun ini dengan 30 gerai menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa dibuka kepada para pengunjung.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata selain memeriahkan bulan Ramadan, pembukaan bazar ini juga memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan.

“Kita berterima kasih kepada pihak Majlis Daerah Bau (MDB) kerana telah memberi kebenaran untuk menggunakan Depo MDB sebagai lokasi Bazar Ramadan ini.

“Kepada peniaga, perlu sentiasa menjaga kualiti makanan dan minuman yang dijual dengan mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan.

“Dan saya juga berharap pihak berkuasa berkaitan untuk meningkatkan pengawasan bekersihan dan keselamatan makanan di bazar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bazar Ramadan Bau 2024 di Depo MDB di Bandar Bau pada Selasa lepas.

Pada majlis tersebut, Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru turut mengagihkan 350 pek bubur lambuk kepada pengunjung di Bazar Ramadan Bau.

Program Jerayawara Bubur Lambuk tersebut merupakan anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tasik Biru.

Hadir sama Pegawai Daerah Bau, Constantine Gerald David Jonas, Setiausaha MDB Ong Chin Ping serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:47 PM | Show all posts
Mana-mana bazar ramadan sebenarnya meriah dengan gelagat pengunjung dan penjual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077349 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list