CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4730|Reply: 1

[Sarawak] Putra Uptown 3.0 dapat sambutan meriah

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode


Putra Uptown 3.0 dikunjungi ramai pengunjung.

Sumbangan Zulina Farha Selamat Fawzi

BINTULU: Putra Uptown 3.0 yang menempatkan tapak jualan pelbagai barangan mendapat sambutan yang meriah dengan dihadiri ramai pengunjung di pekarangan Pusat Islam Universiti Putra Malasyia Kampus Bintulu (UPMKB) pada 9 Mac (Sabtu).

Program ini merupakan anjuran Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2024/2025 adalah lanjutan daripada kejayaan program sama 2.0.

Program ini telah menjadi platform bagi masyarakat UPMKB dan sekitarnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan.

Fasilitator QKH2104 Usahawan Siswa Kumpulan 1 Dr Sharon Ong Yong Yee berkata, Putra Uptown 3.0 ini merupakan platform bagi merangsang semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti.

“Tujuan penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan menggalakkan penglibatan komuniti, sekali gus memupuk kesedaran betapa pentingnya keberanian memulakan perniagaan sebagai landasan pembangunan ekonomi negara.” katanya.

Program ini turut menarik minat penyertaan pelajar Diploma Pembangunan Manusia yang mengambil kursus FEM2204 Pembangunan Keusahawanan dengan harapan akan memperluas impak dan manfaat keusahawanan.


Para pelajar UPMKB yang terlibat sama dengan jualan.

Pengarah programnya, Amira Nazira Abdullah berkata, penganjuran program ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buatnya dan ahli jawatankuasa terlibat memandangkan setiap langkah proses daripada perancangan hingga pelaksanaan membuka peluang untuk pembelajaran dan pertumbuhan.

Katanya, mereka berpeluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, mendengar perspektif dan idea dari sudut yang berbeza dan mengatasi cabaran yang tidak dijangka.

"Pengalaman ini mengajar kami bukan sahaja tentang keusahawanan tetapi juga kepentingan kerjasama, komunikasi dan komuniti berharga untuk dimanfaatkan,” katanya.

Selain tapak jualan, Bengkel Dekorasi Kek dikendalikan oleh Quratula’in Bohari dan Nur Laila Wani Raini daripada Yummy Delicious Bakery turut diadakan.


Para peserta yang menyertai Bengkel Dekorasi Kek merakam gambar kenangan.
Dalam pada itu,  Dr Sharon Ong Yong Yee turut berkongsi berkenaan strategi `sensori (deria) dan ujian organoleptik (rasa, bau, warna penampilan)' untuk kejayaan pasaran kek.

Pertandingan dekorasi kek juga diadakan dengan menampilkan bakat dan kreativiti peserta menyaksikan pelajar UPMKB, Nur Aina Mardhiyah Romainoor muncul johan apabila karyanya berhasil menarik perhatian juri dengan keunikan dekorasinya.


Para peserta merakam gambar bersama kek yang dihasilkan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:55 PM | Show all posts
Tahniah, dapat menjana pendapatan penduduk disekeliling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059430 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list