CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4811|Reply: 1

[Sarawak] Warga UPMKB saksi pameran seni visual digital

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-3-2024 03:54 AM



Para pemenang Lightscape Exploration merakam gambar kenangan.
Sumbangan Stephen Nis Seoon Pius

BINTULU: Warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menyaksikan pameran seni visual digital yang mengagumkan sempena Putra Bakti@Lightscape Exhibition UPMKB 2024 pada Ahad.

Program ini merupakan pameran seni digital pertama bukan sahaja di UPMKB bahkan di Bintulu yang menampilkan pelbagai tema menarik seperti 'Forest Cinematic, Waves and Marine, Geometric and Space'.

Pengunjung pameran bukan sahaja menikmati karya seni digital yang menawan, tetapi mereka juga diajak untuk terlibat dalam aktiviti seni seperti membuat kraf, melukis dan mewarna sesuai dengan kreativiti masing-masing.

Inisiatif ini bertujuan untuk mendorong penyertaan aktif dan pengalaman yang lebih mendalam dalam dunia seni digital.

Salah satu ciri khas yang unik dalam Lightscape Exhibition kali ini ialah aktiviti Lightscape Exploration yang mana pengunjung dibawa menjelajah setiap tema pameran dengan mengikuti rangkaian petunjuk untuk menyelesaikan misteri di setiap bilik pameran.




Pameran bertemakan Geometrical dan Forest Cinematic.

Inisiatif ini memberikan dimensi interaktif pada pameran, menjadikannya lebih daripada sekadar pameran visual tetapi juga penjelajahan seni yang menarik.

Sebanyak 20 peserta yang berhasil menyelesaikan misteri telah menerima hadiah istimewa dengan majlis penutupan programnya dirasmikan oleh Pegawai Psikologi Kanan UPMKB, Muhammad Abdul Rahim Habib.

Abdul Rahim berkata, program seperti Lightscape Exhibition membuka ruang baru untuk pengembangan seni dalam kalangan mahasiswa serta berharap program ini dapat diteruskan pada masa depan dengan memotivasikan lebih banyak pelajar untuk mengeksplorasi dan mengekspresikan kreativiti mereka.

Turut hadir melawat pameran tersebut adalah Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan yang memberikan sokongan kuat kepada inisiatif seni ini dan memberikan platform kepada mahasiswa untuk mengembangkan bakat seni mereka.

Lightscape Exhibition UPMKB 2024 tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan daripada penaja utama, Majestic Creative Company serta penaja lain seperti Ojo Eyewear, Prestige Outdoor Sport (POST)@D’Tebin Bota dan Almira Catering.




Pameran bertemakan Waves and Marine and Space.

Komitmen dan kerjasama penaja-penaja ini turut membantu memastikan kejayaan pameran seni visual digital ini penuh dengan warna dan kreativiti.

Dengan berakhirnya Lightscape Exhibition UPMKB 2024, UPMKB telah mencipta sejarah baru dalam mewujudkan platform seni digital yang memberikan inspirasi, interaksi dan pengalaman seni yang unik kepada para pengunjung.

Semangat kreatif ini diharapkan akan terus berkembang ke seluruh komunitI kampus, membawa sinar baru dalam arena seni dan kreativiti.


Para pengunjung membuat aktiviti eksplorasi mencari petunjuk.


Para pengunjung melakukan aktiviti melukis dan mewarna.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:54 PM | Show all posts
Era dunia digital, tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055193 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list