CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4382|Reply: 1

[Sarawak] Isu kekurangan guru Bahasa Iban perlu penyelesaian holistik

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode


GIRA

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang tidak bersetuju isu kekurangan guru Bahasa Iban di Sarawak yang disifatkan sebagai tidak signifikan.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan isu itu tidak boleh dianggap remeh dan memerlukan penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.

Gira turut mempersoalkan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang tidak menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Iban bagi tahun 2022 dan 2023, khususnya untuk mengajar di sekolah rendah di Sarawak.

Katanya, data jumlah sekolah rendah (SK) yang mengambil kelas Bahasa Iban adalah sebanyak 693 buah daripada 1,264 buah sekolah rendah di Sarawak, manakala bilangan kelas mengambil Bahasa Iban di sekolah rendah adalah sebanyak 5,139 kelas.

“Bilangan murid atau pelajar yang mengambil kelas Bahasa Iban di SK ialah 67,308 murid manakala guru yang mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah ialah seramai 2,662 orang.

"Isunya, daripada 2,662 orang guru ini, hanya 352 orang guru yang telah dilatih dan mempunyai opsyen mengajar Bahasa Iban di sekolah rendah (iaitu guru-guru yang ada mengikuti Program PISMP atau kursus lain yang berkaitan).

"Ini bererti 2,310 orang guru yang mengajar Bahasa Iban sekarang adalah bukan opsyen untuk mengajar mata pelajaran tersebut," ujar beliau.

Tambahnya, data juga menunjukkan hanya 352 dari 2,662 guru Bahasa Iban yang dilatih untuk mengajar berbanding 2,310 guru yang tidak memiliki opsyen untuk mata pelajaran tersebut.

Gira menekan pentingnya mengisi kekosongan jawatan guru Bahasa Iban dengan individu terlatih, demi memastikan mutu pengajaran yang lebih baik dalam mata pelajaran berkenaan.

Selain itu, Gira mendakwa beliau pernah menyentuh isu serupa di peringkat sekolah menengah, di mana hanya 79 daripada 502 guru yang mengajar Bahasa Iban mempunyai opsyen dalam bidang tersebut dan ini bermakna seramai 423 guru Bahasa Iban adalah tidak dilatih.

Justeru, beliau menyeru agar pengambilan guru ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipertimbangkan untuk menangani kekurangan guru Bahasa Iban.

Beliau menegaskan bahawa Bahasa Iban adalah aset budaya dan bahasa yang perlu diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Bahasa Iban bukan hanya sebagai bahasa etnik, tetapi sebagai bahasa yang dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:57 PM | Show all posts
Perlu diberikan faedah yang menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055153 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list