CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4152|Reply: 0

[Sarawak] Perpaduan, integrasi masyarakat penting demi kestabilan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode


Chieng (tengah) bersama peserta Program RSK di Rumah Monica Jugah, Nanga Salim di Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Perpaduan dan integrasi dalam masyarakat berbilang kaum adalah ramuan utama untuk mencapai kestabilan ekonomi, sosial dan politik, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Menurutnya, perpaduan tidak datang bergolek tetapi perlu dipupuk dan ditanam dalam sanubari komuniti sejak kecil lagi supaya nilai tersebut dapat dihayati sepanjang hayat.

"Hubungan berkualiti memudahkan rakyat mencapai kebersamaan bagi mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti Sibu.

"Apabila kesefahaman dan kebersamaan sudah menjadi satu budaya, maka lebih mudah untuk kita menangani isu dan cabaran sosial yang dihadapi secara bersepadu," katanya semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Daerah Sibu 2024 di Rumah Monica Jugah, Nanga Salim di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Chieng berkata, selain itu, kerajaan Sarawak kini mahu memastikan agar tidak ada individu yang tertinggal dalam arus pembangunan di Sarawak.

Justeru, beliau mahu rakyat sentiasa memupuk perpaduan dan solidariti dalam kepelbagaian demi meningkatkan kesejahteraan komuniti khususnya di Sibu dan amnya di Sarawak.

"Hanya dengan nilai-nilai tersebut, ia turut memastikan Sarawak akan terus berkembang dan membangun pada masa akan datang.

"Ini akan melancarkan segala perancangan dan agenda kerajaan untuk merencanakan negeri kita ini ke arah merealisasikan menjadi sebuah negeri termaju di Malaysia," katanya.

Pada program tersebut, pelbagai agensi dan jabatan telah membuka kaunter bagi menerangkan fungsi masing-masing serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071630 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list