CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8824|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan beri komitmen berterusan bangunkan modal insan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:58 AM | Show all posts |Read mode


BANTUAN: Awang Aslee (tengah) dan Suntik merakamkan kenangan bersama pelajar-pelajar yang menerima sumbangan pada majlis itu.

MENUMBOK: Peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024 untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap pembangunan modal insan.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, kerajaan memberi fokus kepada sektor pendidikan untuk memacu negara ke hadapan, seiring dengan reformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM.

"Ia adalah belanjawan rakyat, ditujukan untuk semua rakyat Malaysia. Hak untuk pendidikan berkualiti adalah untuk semua orang tanpa mengira kaum, agama atau status sosial," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bantuan Khas Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA bagi kawasan Parlimen Beaufort di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Giat MARA Parlimen Beaufort  ini berkata, dengan peruntukan terbesar dalam sektor pendidikan, diharap ia mampu meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk anak-anak di seluruh negara.

Menurutnya, usaha itu juga perlu mengutamakan peningkatan prasarana pendidikan di Sabah yang masih agak ketinggalan berbanding negeri lain.

"Pada masa ini, terdapat kekurangan kebolehcapaian infrastruktur, yang menghadkan penciptaan pengetahuan maju dan pembangunan bakat murid bagi kebanyakan sekolah di negeri ini.

"Justeru, kita berharap dari jumlah peruntukan yang terbesar ini, Sabah tidak terpinggir untuk menikmatinya,” katanya.

Awang Aslee turut mengingatkan ibu bapa dan pelajar agar tidak menjadikan kemiskinan dan kesempitan hidup sebagai halangan bagi pelajar menjadi individu yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan.

Jelasnya, kesukaran hidup harus dijadikan sebagai motivasi untuk berjaya dan membentuk masa depan lebih cemerlang.

“Saya faham kesukaran hidup yang dilalui pelajar terutama di kawasan pedalaman. Namun kita boleh mengubah seluruh masa depan dengan perancangan teliti,” katanya.

Beliau berkata, setiap perancangan semestinya bermula dengan pelajaran cemerlang kerana pendidikan menjamin masa depan yang sempurna.

“Belajar bukan sesuatu yang payah. Pelajar hanya perlu menyukainya dan sudah pasti kejayaan akan menyusul,” katanya.

"Kerajaan melalui pelbagai agensi seperti Yayasan Pelajaran MARA mengambil peranan dan tanggungjawab untuk membantu golongan pelajar dari ibu bapa yang kurang berkemampuan melalui pelbagai bantuan kewangan.

"Walaupun bantuan ala kadar, namun ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa menghadapi awal persekolahan anak-anak mereka," katanya.

Menurutnya, dalam situasi ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini, sumbangan sedemikian sudah tentu  cukup bermakna.

Pada majlis itu, seramai 100 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan termasuk 50 orang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu dan 50 orang dari DUN Klias menerima sumbangan wang tunai bernilai RM100 sumbangan Yayasan Pelajaran MARA.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Dr. Suntik Tuin; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok Rosley Ajam; Pegawai MARA Daerah Beaufort Fadzil Liasmen; dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) SMK Menumbok yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Beaufort Abdul Rahman Mohd Taib.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.368393 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list