CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8840|Reply: 1

[Sarawak] Bantuan Program Ceria Ke Sekolah SESB, ceriakan anak-anak B40

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 05:57 AM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Mohd Yusmanizam (tujuh kiri), Raisin (tujuh kanan) merakamkan kenangan bersama sebahagian penerima sumbangan pada majlis itu.

RANAU: Program Ceria Ke Sekolah anjuran Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membantu seramai 1,000 anak-anak dalam kalangan keluarga B40 seluruh Sabah.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, sumbangan peralatan kelengkapan sekolah itu diagihkan kepada murid bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Katanya, kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang terlibat ketika menerima bantuan kelengkapan sekolah berkenaan.

“SESB berharap sumbangan ini akan dapat membantu anak-anak memulakan persekolahan dengan baik dan selesa,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan itu di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, seramai 100 murid sekolah rendah di sekitar daerah ini menerima bantuan berupa beg sekolah, kelengkapan alat tulis dan wang saku.

Menurutnya, majlis penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin.

Program Ceria Ke Sekolah adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak SESB yang dilaksanakan sejak 2018 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 12:15 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.913961 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list