CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8844|Reply: 1

[Sabah] Wanita ditahan miliki, jual senjata api tiruan di Papar

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 05:53 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian senjata api tiruan yang dirampas di dalam premis terbabit.

KOTA KINABALU: Alasan seorang wanita yang kononnya tidak mengetahui tentang kesalahan memiliki dan menjual senjata api tiruan tidak menghalang pasukan polis daripada menahannya dalam serbuan di sebuah premis di pekan Papar, pada jam 2.30 petang Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)  Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, wanita berumur 37 tahun itu juga didapati menjual senjata api tiruan itu selepas barangan terbabit mendapat permintaan tinggi di kawasan berkenaan.

“Bertindak dengan maklumat, pasukan serbuan dari Jabatan Siasatan Jenayah D9(Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan sebelum merampas 12 senjata api tiruan pelbagai jenis.

"Ia termasuklah laras Automatik Rifle M416, Airsoft Gun Combat Master, Airsoft Gun Glock, Airsoft Gun 731B, M17, C11, dan Airsoft Gun C.1.

"Turut dirampas tujuh botol berisi peluru pelbagai jenis dan warna," katanya ketika dihubungi di sini.

Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes memiliki senjata api tiruan.

"Suspek juga mengaku tidak mengetahui tentang kesalahan memiliki senjata api tiruan dan menjual di kawasan itu disebabkan mempunyai permintaan yang tinggi.
"Memiliki senjata api tiruan tetap menjadi satu kesalahan undang-undang walau dengan apa alasan sekalipun.

"Saya juga ingin ingatkan sesiapa juga jangan jadikan apa-apa alasan untuk miliki senjata api tiruan kerana ia tetap salah dari segi undang-undang," katanya.

Menurutnya, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 12:18 PM | Show all posts
mahal x kalau senjata mainan ni dijual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.415255 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list